♡ matlamat

FirNeNa, Matlamat

Resepi Turun-Temurun, Tradisional, Tulen yg dijamin kualitinya demi kebaikan Semua.

Selamat Datang! ke sudut Penjelasan Product Firnena.

Producer: bermakna, Firnena sebagai Penghasil sesebuah product itu. Atau kebiasaan dipanggil ‘Pengeluar’, ‘Pembekal’, di mana lebih kurang sama ertinya tetapi ada sedikit kelainan. Penghasil lebih kepada makna: resepi menghasilkan adalah milik mutlak Firnena.

Manakala tugasan selanjutnya seperti memproses menjadikan ia hasilan akhir iaitu Product – ready untuk pelancaran, barangkali akan diserahkan kepada pihak seterusnya seumpama Supplier atau Rakan Setugas.

Quality: dengan menjadi Producer, maka jaminan terhadap kualiti dapat dilaksana. Ini penting kerana susulan dari penyerahan tugas memproses kepada pihak selanjutnya, akan ‘memporak-peranda’ kualiti product dibuat – sekiranya tuntutan ia dibuat mengikut piawaian (standard) ketetapan, tiada siapa memantau (memerhati serta mengambil berat).

Contoh: pembuatan product RkR pernah dibuat sambil lewa, dihasilkan dengan kurang 30% struktur asal! Apabila pelanggan menerimanya, akan rasa tidak puas hati, lebih2 lagi jika pelanggan terbabit kategori berulang (pernah membuat pesanan). Sama ada pelanggan itu akan menuntut supaya gantian dibuat, ataupun enggan untuk terus menjadi pelanggan setia, kerugian dialami (oleh kedua-dua belah pihak). Maka disebabkan itulah Firnena memandang serius hal ini. Adalah lebih baik buat saja mengikut sample yg sudah lama tersedia dan menjadikan ia Penamat (tutup kes). Justeru; perhatian boleh dialih terhadap perkara penting lain pula.

⚠ Memang nyata ada pihak yg ditugaskan memproses, adakala memandang remeh tuntutan penjagaan kualiti ini. Pihak pengurusan pernah banyak kali membuang masa bertelagah mengenai perkara ini, lalu menyebabkan hal-hal lain yg penting – tergendala. Dengan adanya Penetapan ini, maka masalah ini dikira selesai. Semua pihak ditugaskan wajib mengikuti resepi yg telah ditetapkan, sebagaimana ditulis. Tidak perlu pandai-pandai sendiri, atau berfikir mahu ubah buat ikut citarasa sendiri. Jika pembuatan agak ‘lari’ dari konsep asal, maka ia mesti diperbuat semula – sebelum dibenarkan hantar kepada pelanggan.

— Terima Kasih kerana berikan Support!

Storyline: atau ‘Drama’ (kisah) yg dipapar di facebook, seharusnya tidak mempengaruhi Anda sehingga dikaitkan dengan urusan business Firnena. Pihak pengurusan sudah bertukus-lumus menyediakan page-page (laman web) mengenai Standard Procedure Business iaitu: penerangan yg memberi fokus sepenuhnya + serius berkaitan hal-ehwal urusniaga seharian / bersama pelanggan. Oleh itu, tidak patut rasanya untuk penuhkan lagi berkenaan perkara tersebut di ruangan facebook; tanpa menyelit beberapa post santai bagi meringankan kepala / pembacaan.

Sekalipun tetap ada penerangan berkaitan hal-ehwal perniagaan di facebook firnena, sekali-sekala akan diselit dengan unsur Drama – yg ada kaitan (dengan firnena) tetapi lebih kepada unsur hiburan (kisah, cerita). Walaupun hiburan, ia sebenarnya ada makna. Bukan paparan kosong semata. Namun pastinya; ia tidak sepatutnya jadi penentu / penilaian terhadap Urusan Sebenar antara firnena dan para pelanggan.

Jadi, jangan lah emosi sampai terbawa-bawa ke tahap sanggup pula untuk Un-Like Firnena dek kerananya.

Pricing: penetapan harga Firnena adalah SAMA seluruh Malaysia. Semenjak buka, hinggalah ke sekarang. Jika ada perubahan harga dibuat sekalipun, iya; tetap sama – ianya untuk seluruh negeri dan ini bermakna termasuk Sabah dan Sarawak.

Sejak mula tidak ada dalam minda pihak pengurusan; tentang isu membeza-bezakan harga seperti ini. Sentiasa sama, dan akan terus kekal begitu. (Dengan itu, sudi-sudikanlah diri support firnena, iya?!)

Saya tidak tahu (dan tidak mahu ambil tahu); kenapa pihak2 lain menetapkan perbezaan charge / harga – semenjak dulu, kini, turun-temurun. Diskriminasi. Bagi pihak saya, soal ini tidak pernah melibatkan untung rugi. Kalau rugi sekalipun, tidak pernah sekali kerana soal itu.

Note: kalau Anda mahu tahu; tanyalah mereka! (kenapa perbezaan harga tersebut.)

Advert