Penjelasan

FirNeNa Secret(s)

‘Personal Kontroversi’ (conflict of interest) seringkali melanda apabila ia berkaitan section ini: Firnena, Rahsia. Bidang Kecantikan; Firnena Style.

Personal Kontroversi? Apakah ia?

Begini; di suatu ketika dahulu, (ketika Firnena baru saja dilancarkan pada umum); ahli2 terbabit, tidak se-matang seperti sekarang (sebagaimana di ketika penulisan dan weblog ini dibuat).

Maksudnya, sama ada pendedahan mengenai isu ini sensitiv atau tidak, bukan satu persoalan yg perlu difikir mahupun dipedulikan sangat… Apa yg penting ialah: ia Cantik. Best. Menarik….

Sensitivity. Akan ada di sebelah pihak ‘menganggap’; pihak firnena bertindak buruk dengan sengaja mahu mendedahkan ‘hal peribadi’ – iaitu suatu perkara yg lebih elok dibiarkan misteri, jangan diusik.

Neutraliti. Di sebelah pihak lagi pula ‘rasa’: lantak. Yang penting; aku nak tau. Memang dah lama aku perati dia tu cantik sesangat. Aku teringin jugak nak cantik camtu… atau alangkah best: pasangan aku cantik (giler!) macam tu. Sumpah tak cari lain. Lebih baik concentrate (beri fokus) pada milik sendiri (supaya cantik, cun semana boleh), berbanding dok gilakan orang lain punya, atau yg tak tercapai dek tangan (fantasi je memanjang). Jadi, bagus jugak; sebab ada pihak yg berani tampil (tergamak!) nak beritahu (bagaimana). Cari kat tempat lain takde pon…..

Realiti: seseorang itu takkan mungkin cantik kategori Uniq (sepertimana paparan di website Firnena Rahsia): sekiranya tidak tahu dengan tepat Cara-nya. Bagaimana(?) Setakat teka-teka, mengkaji selonggokan katalog, magazine, tawaran atau juga memperlengkapkan diri dengan berpuluh kelas kecantikan; belum tentu kategori Uniq itu boleh dicapai. Atau; layak merasakan diri tahu.

“Andaikata anda fikir / merasakan suatu hal yg Uniq (seperti halnya Kecantikan Firnena Rahsia itu) – boleh dicapai dengan cara bersusah-payah, bertukus-lumus mempelajari atau juga berusaha bersungguh-sungguh, tahap maksimum (sampai ada ada kala habis gas dibuatnya), maka memang itu silap. Salah.

Bagi meredakan kekusutan, Firnena di sini ingin jelaskan: tujuan sebenar Firnena, Rahsia Kecantikan adalah untuk membolehkan serta membantu Anda yg berkeinginan (tampil begitu; pesona) – jadi Real. Peratus mereka yg berminat mencantikkan diri ke tahap begini terlalu sedikit. Dan kalau ada pun; akan kelu lidah dari berkata2, (simpan diri sendiri) lalu menjadikan perkara ini tetap rahsia.

Ia tidak ada kena-mengena dengan mahu menjatuhkan sesiapa mahupun apa saja tujuan buruk. Ia 100% bertujuan Cantik. Itu saja. Dan, daripada membazir sana sini tak tentu arah (mahu kelihatan cantik), dengan adanya Firnena Rahsia; anda kini ada pilihan – sama ada mahu teruskan dengan cara sendiri (mencari), atau memilih cara Firnena (straight to the point). Tiada paksaan. Firnena cuma sediakan langkah berdasarkan pengalaman – Bagaimana. Sekaligus menyelamatkan anda dari membazir wang dan masa, terteka-teki. Okay?