Info Ramadan: Yakjud & Makjud

Ancient Historical Studies | Sejarah Unsur Kitab

permaisury: ‘… kenapa awak dok suka sangat dengan world war 2, tu?’
boss: ‘awak tau dak; German (Nazi) dan Japan (Rising Sun) tu le sebenarnya bangsa Yakjuj’ & Makjuj’.’
permaisury: ‘apasal plak?’
boss: ‘orang zaman sekarang suka berangan. Lebih percaya perkara khayal berbanding fakta. Dalam Quran ada beritahu; ‘mereka tercengang kerana mendapati orang yang diutuskan adalah manusia biasa, sama seperti mereka.’ Bermaksud; mereka (kaum diutuskan); membayangkan Nabi / Rasul berupa ‘magician’. Jenis orang yg barangkali boleh terbang, melakukan perkara2 ajaib, ganjil, lain dari yg lain yakni; punyai kelebihan yg tidak dimiliki manusia biasa. Dan bila ternyata manusia seperti mereka dan seakan2 biasa, tiada beza dari mereka; maka mereka menuduhnya (Rasul) sesat. Seorang gila. Sengaja mengada-adakan dan berlaku dusta terhadap Tuhan.’

Sedang Kebenaran: tetap kebenaran. (Dan sekalipun datang kepada mereka orang yg betul benar boleh melakukan keajaiban, magic, – maka mereka akan menuduhnya ‘dia tidak lain tidak bukan adalah seorang ahli sihir yg handal!’)

Dan sikap begitu kekal hingga ke hari ini… dengan begitu banyak kajian tentang Yakjuj Makjuj ditokok tambah dengan bertimbun2 maklumat ‘tak logik.’ Mereka membayangkan bangsa itu akan keluar dari tanah / celahan gunung seperti Monster. Memiliki paras rupa purba-kala, telanjang dan kuno. (Barbarian.) Pendekata; apa saja dibayangkan, berupa khayalan. Tidak mengambil kira fakta logik iaitu: Manusia.

Saya akan pisahkan fakta. Kisah Yakjuj & Makjuj ni terkenal dlm Quran, kitab Yahudi dan juga Kristian. Bagi men-support (teguhkan) hujah saya, disediakan terperinci Penterjemahan:

‘Kamu akan lihat mereka turun dengan pantas dari tempat2 yg tinggi.’ – Quranic verses.

i. Blitzkrieg. Iaitu perkataan German tentang Pantas. Dicipta khas bagi men-diskripsi (gelaran) Perang Kilat (Lightning war).

Semasa world war 2, German dan Jepun melancarkan ‘Blitzkrieg’ – turun dari atas ke bawah. German takluk dari atas (Norway) kemudian segera beralih ke negara bawah (low countries), lanjut hingga ke Afrika utara. Japan pula turun ke bawah hingga ke Australia, Port Moresby. Dunia dikejutkan dengan kedua-dua mereka (Nazi dan Japan) melancarkan kempen perang kilat yg menakjubkan; pertama dalam sejarah. Mereka (pakatan Allies) menggelarkan: Tentera paling profesional pernah wujud di dunia.

Perkataan Blitzkrieg sangat popular ke seluruh dunia; bersesuaian dengan kebesaran berita dari sisi al-Quran. Makna: Tuhan secara personally menyebut mengenai ayat & perkataan ini. Dan sebarang sebutan dari Tuhan, tentu sekali Besar halnya / peristiwa itu. (Dua bangsa yg begitu mendalami & menghayati maksud sebenar pengertian: The Art of War.)

ii. Gunung yg banyak di Germany menggambarkan tempat2 tinggi. Mereka muncul dari situ. Tiba2. Kerajaan Rom ketika mula menjumpai mereka; menggelar mereka ‘Barbarian’. Ya, sekumpulan manusia berpuak yg ganas, mundur. Dan Rom tidak menakluki mereka. Kerjaan Rom yg begitu kuat dan hebat, gagal dan gave up mission mereka mahu takluk kawasan di mana bangsa german dijumpai, tinggal itu.

iii. “Sehingga apabila sampai di antara dua gunung, didapati terdapat suatu kaum yang hampir saja mereka tidak dapat memahami perkataannya.” Menceritakan mengenai pertembungan dengan kaum yg tinggal di pedalaman gunung-ganang, yg seakan2 tidak dapat difahami pertuturan mereka.

Kalau awak biasa dengan kisah world war 2, banyak cerita mengenai bahasa German tu pelik. Rakyat perancis, britain, belgium dan seluruh eropah ada berkata; bahasa german susah difahami dan pelik. (Seorang wanita Russia pula pernah berkata; dia jatuh cinta kepada lelaki german itu hanya semata-mata kerana bahasanya yg ganjil. Uniq.)

iv. the Swastika. Logo Nazi Germany tu. Itu lambang purba-kala, mistik dan terikat dengan metos-metos (dongeng) yg berlandaskan kitab2. Bukan saja2 atau rekaan nobody. Contoh: salah satu kapal terbang mereka, dilengkapi dengan siren ‘mengguntur’ (menakutkan) yg digelar: ‘trumpet of jericho’ – iaitu bunyi (sound) yg berlandaskan tiupan sangkakala. Diikutkan, banyak peralatan mereka dicipta bercirikan konsep sebegini. (Sama seperti puak Firaun; yg menyaksikan penciptaan pyramid – juga dibina berlandaskan ilmu kitab2 dan purbakala.)

v. Satu2nya kerajaan SAH (diundi rakyat) yg meluluskan serta membina kilang Pembunuhan. Berjuta manusia dibunuh melalui kilang ini. (6 juta Yahudi termasuk.) Ada ke kerajaan lain dalam dunia ni yg bersepakat, ikut prosedur, berpandukan kerajaan ‘legitimate’ (sah) – buat kilang macam tu? Tengok juga lambang salah satu pasukan SS (tentera) mereka yg terkenal dgn sikap membunuh dan menguruskan kilang2 tersebut: Tengkorak. Ada ke pakatan tentera negara lain yg tergamak nak guna lambang mcm tu dan bangga pula? Pendekata; mereka banyak melambangkan ‘darah dan bunuh’. (Japan pula membunuh berjuta manusia di belah Asia, China khususnya.)

vi. Bangsa yg suka melakukan kerusakan di muka bumi. Nazi Germany terkenal dengan sikap suka berperang dan merosakkan negara yg dimasukinya / dijajah. Berapa banyak bandar yg jadi serpihan apabila masuknya mereka? Segalanya tercatit dan terbukti dlm sejarah. Bangsa yg suka berperang.

vii. Hitler sanggup membatalkan plan tekad para General dia semata-mata nak jadikan kata2 Rasulullah kenyataan; apabila dia paksa tukar plan dari serang Moscow, alih ke selatan terhadap Ukraine – bertujuan mengambil hasil tuai tanaman yg subur di bahagian bawah sana (negara). (Rasulullah ada mendiskripsi bangsa yakjud dan makjud antara sikapnya ialah gemar mengambil hasil tuai serta tanaman milik orang. Tepat sekali dengan pernyataan ini kerana dengan menakluki Ukraine, nazi germany memiliki empayar tanaman gandum, bijirin, jagung dan pelbagai yg begitu besar. Cukup sebagai hasil makanan untuk rakyat negara mereka. Manakala bangsa lain termasuk negara ditakluki, dibiar kelaparan.)

viii. Seorang veteran perang ada berkata: ‘mereka ni bau mayat.’ Seorang lagi pula (selepas tamat perang): ‘dari hujung sana ke situ, jauh; pekat dengan bau mayat.’ memberitahu tentang betapa busuknya kawasan di mana para tentera berperang memerangi nazi germany habis-habisan.

ix. Tembok yg Perancis dan Holland buat sebagai benteng bersebelahan german (sebelum tercetusnya perang) – bersamaan dengan tembok Raja Dzal’Qornain (Dzulqarnain) sepertimana disebut dlm Quran… Bangsa ini (nazi germany); merupakan bangsa yg terkenal dengan tembok. (Ditakuti sehingga negara kuat seperti perancis dan holland pun sampai sanggup membinanya.) Japan pula terkurung beratus tahun lamanya, sebelum perlahan-lahan dibuka (pelayar Britain) bagi melihat dunia. Ini juga membawa kepada maksud; tembok ghaib yg mengurungi mereka. Bayangkanlah; sekumpulan bangsa berjuta ramai, terasing dari dunia di pulau gunung berapi (Japan) itu!

x. Kamikaze. Serangan berani mati pilot2 Japan merempuh askar marin Amerika dengan kapal terbang (Zero) mereka. Amerika menggelar serangan ini dengan quote ‘tiada bangsa lain yg sampai begini caranya kecuali the Japanese!’ Menandakan ketakutan ngeri dihadapi askar Amerika terhadap ‘budaya maut’ yg dilancarkan tanpa henti terhadap mereka. (Hanna Reich; pilot Nazi, ada cadang Germany juga turut sama lancarkan budaya ini. Tetapi di-reject Hitler.)

xi. Berpandukan penerangan setakat ini, nak ganas macam mana lagi??! – bangsa yg dibayangkan? Di zaman itu berbagai-bagai cara melakukan pembunuhan tercipta, ada; real buat – di mana tak pernah lagi di zaman sebelum dan juga selepas. (Tak cukup lagi?….kejam? Teruskan membaca.)

xii. Kalau mengenai Sejarah Keagamaan (Religious History) – mesti kaum Yahudi ada terlibat.

Kali ini, tentang penghapusan bangsa mereka keseluruhan (Genocide). Nazi dan Yahudi bagai tidak boleh dipisahkan. Kebencian akar umbi yg saling memerlukan – sehingga membawa kepada penciptaan kilang2 pembunuhan – bertujuan utama adalah untuk melupuskan bangsa yahudi di eropah, kemudian berlanjutan sehingga P.O.W (prisoner of war) juga turut sama dikorban menggunakan kaedah perkilangan ini. Satu-satunya Industri Pembunuhan Berlesen, diuruskan secara tersusun, kemas, teratur dan penuh terancang (dokumen planning kerajaan). Systematic Killing, in an Industrial Scale! – dalam bahasa orang putih.

Nota: arab juga ada terlibat… Boleh dikatakan hubungan mereka sama cirinya; akar umbi tetapi ke-arah Rakan Setia (ally). Arab & German saling menyukai, bagaikan sesama saudara. Sama2 pula akar umbi terhadap Yahudi. (Bangsa 3 serangkai, sebutan dlm al-Quran.) Arab Turki supply bahan mineral material bagi pembikinan senjata kepada German, sehingga tamat perang. (Setia hingga ke akhir walaupun keadaan chaos! kucar-kacir; terutama di saat2 akhir world war 2.)


Kesimpulannya: banyakkan realiti dalam menilai fakta serta kajian dibuat. (Jangan asyik banyak berangan je… Tunggu le bangsa keluar dari tanah, pakai celana, kuno macam zaman purba. … senang2 je kena tembak, dibom oleh teknologi masakini. Apa; tak betul ke?. (bangsa gagah menakutkan apa kalau pakai cawat lawan senjata moden…?)


permaisury: ‘apa apa je lah!’
boss: ‘…’
permaisury: ‘eh awk, vw jetta yg awk berkenan tu, sekarang tengah turun harga. Offer. Lawa jugak model tu. Pandai germany design…’
boss: ‘nanti laaaaa’

Advert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *